Fail yang disediakan dengan betul mengelakkan kelewatan dan hasil cetakan yang tidak menepati jangkaan.
Kualiti cetakan sangat bergantung kepada kualiti fail yang dihantar. Panduan ini menerangkan cara menyediakan artwork supaya hasil cetakan menepati jangkaan anda dan tempahan tidak tertangguh kerana fail perlu dibuat semula.
Utamakan format vektor atau fail cetakan berkualiti tinggi:
Fail seperti dokumen Word, PowerPoint, atau gambar yang dimuat turun daripada media sosial biasanya tidak sesuai untuk cetakan kerana resolusinya rendah dan warnanya tidak terkawal. Kami masih boleh menerimanya sebagai rujukan rekaan, tetapi fail cetakan sebenar perlu disediakan semula.
Menaikkan saiz imej resolusi rendah di dalam perisian tidak menambah butiran sebenar. Ia hanya menjadikan piksel lebih besar dan hasil cetakan kelihatan kabur atau bergerigi.
Cetakan menggunakan tinta dalam ruang warna CMYK, manakala skrin komputer dan telefon memaparkan warna dalam RGB. Kedua-duanya tidak sama.
Kesannya:
Sediakan artwork dalam CMYK jika boleh. Anjakan warna kecil antara skrin dan hasil cetakan adalah perkara biasa dalam industri percetakan dan bukan kecacatan.
Nilai bleed dan safe area berbeza mengikut produk dan proses kemasan. Nyatakan produk yang anda tempah dan kami akan sahkan ukuran yang perlu digunakan sebelum anda memuktamadkan fail.
Tukarkan semua teks kepada outline atau curves sebelum menghantar fail. Jika font tidak di-outline dan fail dibuka pada komputer yang tidak mempunyai font tersebut, sistem akan menggantikannya secara automatik dan susun atur anda akan berubah tanpa disedari. Untuk fail PDF, benamkan (embed) semua font.
Sediakan artwork pada saiz sebenar produk jika boleh. Jika fail terlalu besar untuk dikendalikan, gunakan skala yang kemas seperti 1:10 dan nyatakan skala tersebut dengan jelas di dalam nama fail atau nota tempahan. Skala yang tidak dinyatakan adalah punca biasa kesilapan saiz.
Jika anda tidak pasti sama ada elemen tertentu cukup besar untuk produk yang dipilih, hantarkan fail lebih awal untuk kami semak.
Nama fail yang kemas menjimatkan masa dan mengelakkan salah cetak. Cadangan format:
Contoh susunan: nama-pelanggan_jersi_saiz-m_v2. Elakkan nama seperti "final", "final2" dan "final-betul" tanpa nombor versi kerana ia mudah mengelirukan.
Artwork sedia cetak dihantar melalui pautan Google Drive yang diberikan untuk tempahan anda. Selepas checkout, anda juga boleh memuat naik imej mockup kecil pada halaman tempahan untuk semakan.
Sila jangan menghantar fail sehingga saluran penghantaran disahkan kepada anda, supaya fail tidak tersalah alamat atau hilang.
Semakan ejaan adalah tanggungjawab pelanggan. Setelah proof diluluskan, kesilapan ejaan di dalam artwork yang telah diluluskan tidak boleh diperbaiki tanpa cetakan semula.
Untuk melihat pilihan produk, harga dan spesifikasi, layari Produk. Untuk kerja custom, hubungi kami melalui Sebut Harga.