Barangan bercetak custom dibuat khas mengikut tempahan, jadi polisinya berbeza daripada barangan siap.
Hubungi kami dalam 7 hari selepas menerima tempahan jika ada masalah.
Kira Jadi Printing menghasilkan barangan bercetak khas mengikut tempahan. Polisi ini menerangkan keadaan di mana kami boleh membantu jika berlaku masalah dengan tempahan anda.
Kerana setiap item dicetak khas mengikut artwork, saiz dan kuantiti yang anda tetapkan, barangan bercetak khas secara amnya tidak boleh dipulangkan atas sebab berubah fikiran. Ini termasuk situasi seperti tidak lagi memerlukan barang tersebut, tersalah pilih saiz sendiri, atau majlis dibatalkan selepas produksi bermula.
Kami akan menyemak dan membantu jika berlaku:
Sebelum produksi bermula, kami mengeluarkan proof atau pengesahan bertulis untuk semakan anda. Anda bertanggungjawab menyemak dengan teliti:
Kelulusan proof bermakna anda bersetuju bahawa fail tersebut betul dan boleh dicetak. Panduan penyediaan fail ada di Panduan Artwork.
Untuk membolehkan kami menyemak, sila sediakan:
Sila jangan membuang bahan pembungkusan asal sehingga isu selesai disemak, dan jangan menggunakan, mencuci atau mengubah suai item yang dipertikaikan kerana ia menyukarkan penilaian.
Jika laporan anda disahkan, penyelesaian yang mungkin ditawarkan termasuk:
Kami ganti dahulu. Kalau kesalahan di pihak kami, langkah pertama kami sentiasa cetak semula atau baiki item yang terjejas, tanpa kos kepada anda.
Bayaran balik hanya ditawarkan apabila kami tidak mampu membetulkannya — contohnya apabila item itu tidak lagi boleh dihasilkan tepat pada masa anda memerlukannya. Kami tidak membuat bayaran balik sebelum mencuba penggantian.
Hubungi kami melalui Hubungi Kami dengan nombor rujukan tempahan dan gambar yang diperlukan. Maklumat berkaitan penghantaran dan pembungkusan ada di Penghantaran.